WhatsApp Image 2025-06-10 at 15.46.00

Bengkel MENULIS SAMPAI JADI
28 Jun 2025 . Sabtu . 9.00pgi - 5.00ptg
BILIK LATIHAN GRUP BUKU KARANGKRAF

Sudah masuk bulan Jun. Tetapi kenapa ramai yang masih teragak-agak untuk siapkan novel anda? Apakah anda sudah hilang semangat? Tiada idea? Tidak yakin? Sebenarnya anda masih ada semangat, masih ada idea dan yakin untuk terus menulis. Tetapi anda ada satu sebab yang membuat novel anda tidak jadi-jadi. Sebabnya ialah kerana anda telah berhenti menulis. Bila anda berhenti menulis selama satu hari, dua hari, tiga hari, empat hari… …dan pada hari kelima semangat anda yang bernyala itu sudah padam. Semangat yang padam memang mengambil masa untuk dihidupkan semula. Semangat itu berada di dalam diri. Cara menghidupkan semangat ialah dengan dorongan dari luar. Datanglah ke bengkel MENULIS SAMPAI JADI. Ia akan membantu anda menghidupkan niat, memperkuat azam dan memperkukuh kelestarian anda mengarang. Sertailah bengkel ini. Anda bukan sahaja akan mendapat sesuatu, tetapi banyak tips, trik dan teknik penulisan.
- Norden Mohamed

Yuran bengkel

Yuran bengkel adalah RM100 bagi setiap peserta.
Bagaimana pun, anda yang hadir berdua ditawarkan RM170.
Setiap peserta memperoleh buku MENULIS SAMPAI JADI percuma.

Klik Di Sini Dan Sertai Bengkel Menulis Sampai Jadi
Dapatkan Diskaun Bengkel Menulis Sampai Jadi 15% (2 PAX)

MESEJ DARI SAYA

Saya telah berkecimpung di dalam dunia penulisan dan penerbitan apabila menyertai Kumpulan
Karangkraf pada 1991.

Saya bermula sebagai Editor majalah kartun humor GELIHATI. Kemudian saya ditugaskan menjadi Pengurus Pemasaran syarikat itu. Kumpulan Karangkraf pada masa itu adalah penerbit majalah yang terbesar di Malaysia dengan 29 buah majalah.

Saya mengendalikan pemasaran banyak majalah terkenal seperti majalah Nona, Keluarga, Remaja, Libur, Jom, Klik, G3, Media Hiburan dan Bacaria.

Kemudian saya bertugas sebagai Pengurus Besar Syarikat Alaf 21 iaitu syarikat di dalam Kumpulan Karangkraf. Alaf 21 kemudiannya terkenal sebagai sebuah syarikat yang menerbitkan novel cinta. Ribuan novel dan puluhan penulis bernaung di syarikat itu.

Oleh kerana hampir kesemua penulis hanya mempunyai bakat tetapi tidak mengikuti pelajaran menulis secara formal, maka saya sentiasa mengadakan bengkel penulisan dan perbincangan. Ramai penulis novel popular lahir bersama Alaf 21. Di antaranya ialah novelis Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Damya Hanna, Fauziah Ashari, Norhayati Berahim dan ramai lagi.

Tidak lama kemudian saya bertugas pula sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Sinar Harian yang menerbitkan 8 edisi akhbar setiap hari.

Saya beruntung kerana memahami selok belok penerbitan majalah, buku dan akhbar dari peringkat membina konsep, pengarangan, editing, percetakan, penjilidan, pengiklanan dan pemasaran. Saya berpengalaman bekerjasama dengan pengilang, penerbit, pengedar dan juga peruncit dalam bidang majalah, buku dan akhbar. Dan kini, tentunya mempunyai ilmu dalam bidang penerbitan e-buku.

Saya berasa sayang apabila tidak berkongsi ilmu pengkaryaan dan penerbitan kepada anda sekalian, Maka buku MENULIS SAMPAI JADI merupakan buku mengenai ilmu penulisan, penerbitan dan pemasaran yang saya tulis khusus untuk mereka yang ingin menulis novel.

Klik Di Sini Dan Sertai Bengkel Menulis Sampai Jadi
Dapatkan Diskaun Bengkel Menulis Sampai Jadi 15% (2 PAX)

BUKU MENULIS SAMPAI JADI

ISI KANDUNGAN

Mockup_Menulis_Sampai_Jadi-removebg-preview

Inilah intipati pengalaman yang saya kumpul selama 40 tahun berkecimpung di dalam arena penerbitan buku. Sayang jika saya tidak tumpahkan apa yang perolehi selama ini kepada anda agar dimanfaatkan.

Buku ini bukan semata-mata mengenai elemen penulisan yang melibatkan pembinan plot, tema, watak, latar masa dan tempat. Malah ia memaparkan beberapa topik yang anda akan dapati menarik dan karang disampaikan dalam buku-buku penulisan novel yang lain.

Di antara
tajuk-tajuk yang saya sentuh  ialah:

  • Apa Itu Wayang Minda?
  • Melakar Latar Tempat Yang Real
  • Panduan Memilih Nama Watak
  • Membina Dialog Yang Menggetar Rasa
  • Teknik Jump Cutting Dalam Novel
  • Kesan Khas Bau, Rasa dan Bunyi dalam Tulisan
  • Kesan Pernafasan Ketika Membaca
  • Apa itu Pacing?
  • Warna yang Menceria Karya
  • Personaliti Hidup dalam Novel
  • Nasihat Agar Tidak Lemau Menulis
  • Pembaca Suka Membaca Masalah Orang
  • Berapa Novel Patut Ditulis Setahun?

Dan kesemuanya melebihi 100 topik yang dibincangkan

KEMUNCULAN KHAS

AHADIAT AKASHAH

Ahadiat2

Buat kali ini, Saudara Ahadiat Akashah sudi hadir untuk satu sesi di Bengkel MENULIS SAMPAI JADI bagi berkongsi pengalamannya menulis berpuluh buah novel. Dapatkan tip, trik dan teknik dari novelis lejen ini!

Biodata Ahadiat Akashah:

Ahadiat Akashah yang telah bersara daripada dunia penulisan kini kembali selepas 15 tahun dengan novel finalenya yang berjudul “Pesuruh’. Novel popular ‘Lagenda Budak Setan’ yang telah diangkat ke layar perak begitu sinonim dengan namanya yang tercatat di dalam Malaysia Book of Records sebagai penulis novel terbanyak dengan 87 buah novel. Pernah mewakili Malaysia sebagai Pembimbing di acara sastera nusantara yang terbesar MASTERA di Bogor, Indonesia pada tahun 2005. Novelnya pernah dicadangkan untuk dijadikan sebagai teks KOMSAS (Komponen Sastera dalam Pengajian Bahasa Melayu) tetapi telah mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga menimbulkan kontroversi.

Bengkel

MENULIS SAMPAI JADI

Bengkel MENULIS SAMPAI JADI
28 Jun 2025 . Sabtu . 9.00pgi - 5.00ptg
BILIK LATIHAN GRUP BUKU KARANGKRAF

Klik Di Sini Dan Sertai Bengkel Menulis Sampai Jadi
Dapatkan Diskaun Bengkel Menulis Sampai Jadi 15% (2 PAX)

*untuk sebarang pertanyaan mengenai pesanan anda whatsapp ke LAYARMNDA PUBLICATIONS: 011 - 5458 2425 

ISTIMEWA UNTUK ALUMNI

TERBUKA JUGA UNTUK 10 ALUMNI BENGKEL SAHAJA
YURAN SEBANYAK RM25.00 SAHAJA 

Dapatkan kod kupon untuk mendapatkan diskaun 75% dengan menghubungi kami di Whatsapp

Diskaun Alumni Bengkel Menulis Sampai Jadi

KIRIMAN TERKINI

Pembaca Suka Ditipu Penulis
By Norden Mohamed | |
Ketika asyik menatap sesebuah novel, pembacanya bukan sahaja meneliti plot yang baik, perwatakan yang berkesan atau latar tempat yang menarik.…
Beza Penulis Pemula dan Novelis Otai
By Norden Mohamed | |
Terdapat dua perbezaan yang jelas di antara Novelis Pemula dan Novelis Otai. Novelis Pemula biasanya menulis untuk menunjukkan kebolehannya bercerita…
Apa Yang Peminat Mahu?
By Norden Mohamed | |
Apabila seseorang penulis itu sudah menghimpun para peminatnya, mereka akan tertunggu-tunggu hasil karya berikutnya. Malah ada di antara peminat yang…
Immerse Cara Terbaik Untuk Belajar
By Norden Mohamed | |
ADA suatu niat yang saya pasak di dalam hati apabila mengambil keputusan untuk menyertai KLAB 2025 yang baru berlalu. Niat…
Penulis Adalah Golongan Yang Rare
By Norden Mohamed | |
Artikel Pilihan Dari Buku MENULIS SAMPAI JADI PENULIS adalah golongan yang rare! Benarkah? Mari kita renung seketika dan cuba kita…
Bertahun Menulis Dibacanya Sehari
By Norden Mohamed | |
Renyah Kerenah Menghasilkan Buku PENULIS yang ingin menghasilkan sesebuah buku samada fiksyen atau bukan fiksyen, biasanya sudah mempunyai sesuatu idea,…