BUKU BAHARU

MENULIS SAMPAI JADI

oleh Norden Mohamed

Dapatkan naskhah anda di sini! 

DAPATKAN SEKARANG
Mockup_Menulis_Sampai_Jadi-removebg-preview

MESEJ DARI SAYA

Saya telah berkecimpung di dalam dunia penulisan dan penerbitan apabila menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991.

Saya bermula sebagai Editor majalah kartun humor GELIHATI. Kemudian saya ditugaskan menjadi Pengurus Pemasaran syarikat itu. Kumpulan Karangkraf pada masa itu adalah penerbit majalah yang terbesar di Malaysia dengan 29 buah majalah.

Saya mengendalikan pemasaran banyak majalah terkenal seperti majalah Nona, Keluarga, Remaja, Libur, Jom, Klik, G3, Media Hiburan dan Bacaria.

Kemudian saya bertugas sebagai Pengurus Besar Syarikat Alaf 21 iaitu syarikat di dalam Kumpulan Karangkraf. Alaf 21 kemudiannya terkenal sebagai sebuah syarikat yang menerbitkan novel cinta. Ribuan novel dan puluhan penulis bernaung di syarikat itu.

Oleh kerana hampir kesemua penulis hanya mempunyai bakat tetapi tidak mengikuti pelajaran menulis secara formal, maka saya sentiasa mengadakan bengkel penulisan dan perbincangan. Ramai penulis novel popular lahir bersama Alaf 21. Di antaranya ialah novelis Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Damya Hanna, Fauziah Ashari, Norhayati Berahim dan ramai lagi.

Tidak lama kemudian saya bertugas pula sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Sinar Harian yang menerbitkan 8 edisi akhbar setiap hari.

Saya beruntung kerana memahami selok belok penerbitan majalah, buku dan akhbar dari peringkat membina konsep, pengarangan, editing, percetakan, penjilidan, pengiklanan dan pemasaran. Saya berpengalaman bekerjasama dengan pengilang, penerbit, pengedar dan juga peruncit dalam bidang majalah, buku dan akhbar. Dan kini, tentunya mempunyai ilmu dalam bidang penerbitan e-buku.

Saya berasa sayang apabila tidak berkongsi ilmu pengkaryaan dan penerbitan kepada anda sekalian, Maka buku MENULIS SAMPAI JADI merupakan buku mengenai ilmu penulisan, penerbitan dan pemasaran yang saya tulis khusus untuk mereka yang ingin menulis novel.

Dapatkan buku menulis sampai jadi di bawah dan terimalah buku ini dalam masa 3-4 hari.

Klik Di Sini Dan Dapatkan Buku Menulis Sampai Jadi

ISI KANDUNGAN

Mockup_Menulis_Sampai_Jadi-removebg-preview

Inilah intipati pengalaman yang saya kumpul selama 40 tahun berkecimpung di dalam arena penerbitan buku. Sayang jika saya tidak tumpahkan apa yang perolehi selama ini kepada anda agar dimanfaatkan.

Buku ini bukan semata-mata mengenai elemen penulisan yang melibatkan pembinan plot, tema, watak, latar masa dan tempat. Malah ia memaparkan beberapa topik yang anda akan dapati menarik dan karang disampaikan dalam buku-buku penulisan novel yang lain.

Di antara tajuk-tajuk yang saya sentuh  ialah:

  • Apa Itu Wayang Minda?
  • Melakar Latar Tempat Yang Real
  • Panduan Memilih Nama Watak
  • Membina Dialog Yang Menggetar Rasa
  • Teknik Jump Cutting Dalam Novel
  • Kesan Khas Bau, Rasa dan Bunyi dalam Tulisan
  • Kesan Pernafasan Ketika Membaca
  • Apa itu Pacing?
  • Warna yang Menceria Karya
  • Personaliti Hidup dalam Novel
  • Nasihat Agar Tidak Lemau Menulis
  • Pembaca Suka Membaca Masalah Orang
  • Berapa Novel Patut Ditulis Setahun?

Dan kesemuanya melebihi 100 topik yang dibincangkan

Buku Baharu

MENULIS SAMPAI JADI

DAPATKAN AUTOGERAF PENULIS!
DENGAN PEMBELIAN TERUS DARI WEBSITE INI

Klik Di Sini Dan Dapatkan Buku Menulis Sampai Jadi

*untuk sebarang pertanyaan mengenai pesanan anda whatsapp ke LAYARMNDA PUBLICATIONS: 011 - 5458 2425 

KIRIMAN TERKINI

Pembaca Suka Ditipu Penulis
By Norden Mohamed | |
Ketika asyik menatap sesebuah novel, pembacanya bukan sahaja meneliti plot yang baik, perwatakan yang berkesan atau latar tempat yang menarik.…
Beza Penulis Pemula dan Novelis Otai
By Norden Mohamed | |
Terdapat dua perbezaan yang jelas di antara Novelis Pemula dan Novelis Otai. Novelis Pemula biasanya menulis untuk menunjukkan kebolehannya bercerita…
Apa Yang Peminat Mahu?
By Norden Mohamed | |
Apabila seseorang penulis itu sudah menghimpun para peminatnya, mereka akan tertunggu-tunggu hasil karya berikutnya. Malah ada di antara peminat yang…
Immerse Cara Terbaik Untuk Belajar
By Norden Mohamed | |
ADA suatu niat yang saya pasak di dalam hati apabila mengambil keputusan untuk menyertai KLAB 2025 yang baru berlalu. Niat…
Penulis Adalah Golongan Yang Rare
By Norden Mohamed | |
Artikel Pilihan Dari Buku MENULIS SAMPAI JADI PENULIS adalah golongan yang rare! Benarkah? Mari kita renung seketika dan cuba kita…
Bertahun Menulis Dibacanya Sehari
By Norden Mohamed | |
Renyah Kerenah Menghasilkan Buku PENULIS yang ingin menghasilkan sesebuah buku samada fiksyen atau bukan fiksyen, biasanya sudah mempunyai sesuatu idea,…