Renyah Kerenah Menghasilkan Buku
PENULIS yang ingin menghasilkan sesebuah buku samada fiksyen atau bukan fiksyen, biasanya sudah mempunyai sesuatu idea, gagasan atau teori yang ingin disampaikannya kepada khalayak. Sebelum menulis, dia akan melakar konsep dan idea buku yang ingin ditulisnya.
Dia akan mengumpul bahan-bahan penyelidikan dan rujukan yang digaul menjadi manuskrip ilmiah mahu pun fiksyen. Untuk melakar ideanya, si penulis perlu menumpahkan apa yang ada di dalam fikirannya ke skrin komputer.
KEMUDIAN, ia disemak dari segi kesahihan fakta, kesinambungan idea, kelogikan pendapat yang kemudiannya akan disemak dan disunting oleh editor hingga lahirnya sebuah buku.
Seseorang penulis itu mungkin mengambil masa bertahun untuk menyiapkan sesebuah buku. Kita sebagai pembaca dengan mudah menghazam inti fikirannya yang dikumpul bertahun lamanya itu dalam masa sehari!