Pembaca Suka Ditipu Penulis

Ketika asyik menatap sesebuah novel, pembacanya bukan sahaja meneliti plot yang baik, perwatakan yang berkesan atau latar tempat yang menarik. Apa yang mereka inginkan ialah kejutan, prasangka, salah sangka atau siku plot (plot twist) yang membuat mereka berasa tertipu.

Ramai Novelis Pemula, apatah lagi Novelis Otai tak perasan bahawa inilah yang dinanti-nanti oleh pembaca novel. Bila apa yang mereka sangka itu di luar jangkaan mereka, mereka akan tergelak-gelak puas bila ditipu novelis.

Sebaliknya jika peristiwa di dalam novel itu seperti apa yang pembaca jangka, mereka akan berasa ‘novel ini tak best!’ Kalau anda Novelis Pemula, maaf cakap… pembaca tak akan teruja pada novel anda berikutnya.

Kalau anda Novelis Otai, pembaca akan mengeluh sebab karya anda kali ini tidak mengancam kehendak mereka. Mereka akan bagi can membeli novel seterusnya. Kalau pembaca tidak dapat ditipu penulis melalui jalan ceritanya, sorry to say… pembaca juga akan babaikan karya anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *