Apa Yang Peminat Mahu?

Apabila seseorang penulis itu sudah menghimpun para peminatnya, mereka akan tertunggu-tunggu hasil karya berikutnya. Malah ada di antara peminat yang mahu penulis kegemaran mereka menghasilkan karya pada setiap bulan.

Penulis jangan terperangkap dengan permintaan ini. Masak dibuatnya. Kalau penulis ikut menulis pada setiap bulan, atau selang sebulan malah tiga bulan sekali, saya percaya peminat sendiri tak akan sempat beli kesemua karyanya.

Silap haribulan peminat yang dah lari bajet akan memilih pula buku apa yang hendak dibeli. Akhirnya, penulis yang mengharapkan 100 % komitmen belian dari peminatnya akan terkilan kerana pembeli akan menjarakkan pembeliannya.

Tidak ramai yang sanggup membeli setiap karya penulis setiap kali novel baharu penulis itu terbit. Umpamanya kalau penulis itu menjual nasi lemak, takkanlah hari-hari pembeli nak makan nasi lemak. Bagilah dia can makan secara berselang-seli nasi dagang atau nasi kerabu.

Penulis pula perlu berehat setelah karyanya terbit. Pergi jalan-jalan, baca buku-buku lain, pergi bersosial. Nanti akan ada idea yang tak sabar-sabar membuak-buak nak keluar dari fikiran. Masa itu, barulah duduk menulis karya berikutnya. Karya yang tak dipaksa-paksa itu lebih kaw!

Jangan risau dengan peminat. Mereka tak akan lari punya bila karya baharu penulis masuk pasaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *