Penulis Adalah Golongan Yang Rare

Artikel Pilihan Dari Buku MENULIS SAMPAI JADI

PENULIS adalah golongan yang rare! Benarkah?

Mari kita renung seketika dan cuba kita kira… dalam 10 orang saudara yang paling rapat dengan kita, 10 orang teman sekampung, 10 orang teman sekuliah, 10 orang jiran, 10 orang teman sepejabat... apakah ada di antara mereka itu penulis?

Penulis dalam erti kata mereka yang ada menulis buku?  Saya hampir pasti, 90 peratus daripada anda akan geleng kepala. Hampir tidak ada.

Cuba pula congak berapakah jumlah akauntan, peguam, ahli matematik, arkitek, askar, bomba mahupun ahli politik di kalangan mereka yang anda kenali? Tentu jumlahnya ramai. Cuba pula kira, berapa orang penulis yang anda kenali? Tak ramai, bukan?

APA MAKNANYA? Ertinya golongan penulis sememangnya sedikit. Tidakkah jumlahnya tidak ramai itu bermakna ALLAH tidak anugerahkan bakat itu kepada sembarangan orang? Jika anda adalah seorang penulis, maka hargailah bakat anda sebagai kurniaan dari ALLAH.

Oleh itu,  bagaimanakah cara kita zahirkan penghargaan pada ALLAH di atas anugerah istimewa ini? Kita kenalah pikul ia sebagai sebuah amanah.

Kita perlu gunakan anugerah ini untuk berdakwah iaitu menggalakkan pembaca berbuat baik dan menjauhi yang buruk melalui tulisan kita. Kalau kita menggalakkan yang sebaliknya, seolah-olah kita tidak menghargai kurniaan istimewa itu.

JIKA kita seronok merosakkan minda para pembaca, atas nama komersial, atas nama kreativiti, atas nama kebebasan sebagai penulis, tunggu sahaja kurniaan itu ditarik perlahan-lahan dari dalam diri.  Akhirnya kita akan sedari kehilangan bisa menulis bila fikiran kita semakin lama semakin buntu sebuntu-buntunya.

Kerana itu, berhati-hatilah apabila kita ingin menjadi seorang penulis. Tanggungjawabnya besar di atas batu jemala patik!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *